Monday, March 9, 2009

Membina kehidupan melalui e-dagang!


Anda yang di hormati,


Hari ini kita biasa mendengar tentang bisnes 'e-dagang' tetapi adakah kita sendiri pernah menceburi bidang ini? Mungkin ramai orang yang berbincang tentang bisnes ini tetapi lebih ramai yang masih belum menceburinya. Oleh itu, Peluang untuk mencipta kejayaan dalam bisnes e-dagang adalah tersangat besar potensinya.


Dunia sudah melalui pelbagai perubahan. Adakah kita mengikuti perubahan yang sedang berlaku? Atau kita masih lagi belum bersedia menerimanya kerana kedegilan kita untuk keluar dari kepompong yang telah kita diami selama ini.


Saya percaya jika inginkan perubahan di dalam kehidupan ini, kita mesti berani untuk mengubah apa yang sedang kita lakukan. Ini bermakna hanya perubahan mampu mencipta perubahan. Tanpa melakukan perubahan kita akan sentiasa berada di 'takuk' yang sama.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP